
The 12th Southern Border Provinces Scout Jamboree 2017
Laporan Perkhemahan The 12th Southern Border Provinces Scout Jamboree 2017
Jabatan Pelajaran Malaysia dan Persekutuan Pengakap Thailand telah menganjurkan The 12th Southern Border Provinces Scout Jamboree 2017 pada 4 April hingga 8 April 2017 iaitu selama 5 hari 4 malam. Perkhemahan ini diadakan di Pakbang Scout Camp, Satun, Thailand
Seramai 2 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya terlibat dalam program ini dan seramai 160 peserta dan 25 Pemimpin telah menghadiri perkhemahan ini dengan jayanya.
Jambori ini bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap menimba ilmu kepengakapan disamping menjalin ikatan persaudaraan antara ahli dan pemimpin pengakap khasnya pengakap pelbagai negara seperti Pengakap Thailand, Indonesia, vietnam dan Kemboja. Perkhemahan ini juga dapat membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar. Dengan adanya kem ini maka semua ahli pengakap pelbagai negara dapat berkumpul dan melaksanakan aktiviti pengakap. Jamboree ini juga dihadiri oleh Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Thailand
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini. Diantaranya ialah aktiviti model projek perintis, ikatan dan simpulan, kraftangan, explorace, malam pengakap, malam kebudayaan dan banyak lagi. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara pengakap bertambah erat. Oleh itu, diharabkan perkhemahan seperti ini dapat diadakan lagi tahun yang akan datang
Disediakan oleh ,
MUHAMMAD SYAQIL AZREEN BIN RADZI
(Peserta Jambori Sempadan Thailand-Malaysia)