1 FOR 3
Profile picture for user Aidil_Megat_1
Malaysia

1 FOR 3

Dalam memberi perkhidmatan dan membantu Unit Transfusi Hospital Kulim dalam meningkatkan bekalan darah yang sememangnya diperlukan pada setiap masa, pihak Pasukan Pengakap Kelana 'A' Daerah Kulim dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kulim dan Komuniti ASTRA Kulim telah menganjurkan kempen derma darah julung kalinya pada tahun ini. Tarikh : 24 Mac 2018 (Sabtu) Tempat : Pasar Raya TESCO Kulim, Kedah Masa : 9.30 pagi - 5.30 petang Sebanyak 60 beg darah berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Unit Transfusi Hospital Kulim. Program ini turut disertai oleh 60 orang penderma yang terdiri daripada orang awam, pegawai-pegawai pentadbiran, dan ahli pengakap kelana itu sendiri. Program seperti ini amat wajar dijalankan dan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat kerana 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa.

Number of participants
60
Service hours
8
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share