Rovers Toward Adventure

Projek ini bukan sekadar melatih saya dan ahli kelana lain untuk mengembara semata-mata, malah diberi peluang untuk menikmati keindahan semula jadi sepanjang berjalan jauh sebanyak 60 kilometer Edit Projek ini dilakukan dengan berjalan-jalan kaki sekitar daerah Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil serta mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Nasyrul Quran, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kami juga lakukan aktiviti kesukarelawanan di Surau Al - Falah Kampung Lalang dan juga Surau Al-Furqan presint 11. Kami juga telah meminta bantuan daripada pihak-pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pantauan sepanjang aktiviti berjalan kaki. Edit 29 orang menerima kebaikan daripada aktiviti ini. Program ini bukan sekadar memberikan satu pengalaman pengembaraan yang menarik, bahkan program ini juga mampu memupuk sikap setiakawan sewaktu perjalanan dan juga meningkatkan tahap kesihatan seseorang kelana. Untuk masyarakat, mereka secara tidak langsung dapat didedahkan dengan melihat kegiatan aktiviti kepengakapan (melalui pemakaian skarf) dan juga masyarakat juga dapat memerlukan khidmat ahli pengakap sewaktu program ini berlangsung. Edit Hasilnya, kami dapat menginovasikan ilmu tersebut dalam aktiviti pelancongan seperti berlatih untuk menjadi seorang pengembara yang mampu mengurangkan kos pelancongan ke tahap yang paling minima berdasarkan situasi tempat yang dikunjungi dan juga berbakti kepada masyarakat, Untuk penambahbaikan di masa akan datang, kami berharap program ini dapat dipadatkan lagi dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang lain jika kami ada kesempatan waktu.
Topics
Health lifestyles
Growth
SDGS

Share via

Share