Perkhemahan Kelanasiswa 2.0 Anjuran KLKM UKM

Perkhemahan Kelanasiswa (PERKASA) 2.0 merupakan program secara tahunan yang diadakan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pengakap kelana mengenai latar belakang pengakap dan pengenalan kepada Kursus Kepimpinan Manikayu, menerapkan asas kepimpinan dari aspek kepengakapan dalam kalangan pengakap kelana, meningkatkan semangat setia kawan dan daya saing sesama pengakap kelana melalui aktiviti Kemahiran Pengakap Kelana dan Skim Latihan Pengakap Kelana yang dijalankan, mengasah kemahiran pengakap kelana dari aspek pengurusan dan perancangan yang diperlukan dalam memimpin sesuatu organisasi dan mempelajari hierarki kepimpinan dalam organisasi pengakap yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Program ini dilakukan di Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang, Selangor
Topics
Health lifestyles
Interpersonal skills
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share