
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTANIAN LESTARI 2018 - A Success to Share
World Scout Environment Programme bertemakan ‘Pemeliharaan Alam Sekitar Melalui Pertanian Lestari’ telah dijalankan oleh pasukan kami yang terdiri daripada 17 orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia - Daerah Universiti Putra Malaysia dan 4 orang ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia – Daerah Universiti Malaya dengan kerjasama pihak tenaga pengajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya pada 7 hingga 9 Disember 2018 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia & Port Dickson, Negeri Sembilan. Projek ini adalah satu inisiatif untuk menyelamatkan alam sekitar dari terus terancam oleh ancaman manusia dan ancaman semulajadi dengan melaksanakan beberapa aktiviti pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Senarai ahli-ahli pasukan projek yang berjaya dianugerahkan Sijil World Scout Environment Programme (WSEP) adalah seperti berikut :
1. Mohd Azrol Hafizi bin Azman
2. Elesmere Jara Anak Ikom
3. Nurul Ain binti Sulong
4. Khairunisa Naiemah bt Mat Rashid
5. Arunee A/P Udom
6. Maziatul Husna binti Khairuzaman
7. Atiqah binti Dollah
8. Rosma Ilyana Zakira bt Che Ladin
Objektif projek ini antaranya mendedahkan kepada para peserta tentang cara dan teknik pengurusan alam sekitar dalam sektor pertanian, pendedahan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, usaha-usaha pengurusan risiko pencemaran alam sekitar yang boleh dilakukan terutama dari segi pertanian dan pembinaan jaringan perhubungan dengan komuniti setempat melalui projek pemeliharan alam sekitar melalui pertanian lestari. Sehubungan itu, projek ini berteraskan kepada 5 sasaran utama yang dirangka dalam World Scout Environment Programme antaranya sasaran pertama ; pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan sistem semulajadi mempunyai udara dan air yang bersih, sasaran kedua ; pengakap berusaha ke arah dunia di mana habitat semulajadi yang cukup dapat diwujudkan untuk memelihara spesies asli, sasaran ketiga ; pengakap berusaha ke arah dunia yang kurang risiko daripada bahan berbahaya terhadap manusia dan persekitaran, sasaran keempat ; pengakap berusaha ke arah dunia yang mempraktikkan dan menggunakan amalan alam sekitar yang paling sesuai serta sasaran kelima ; pengakap berkerja ke arah membina dunia yang sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar.
Projek yang secara praktikal berjaya dilalui oleh kami dalam masa 4 hari pada 7-9 Disember 2018 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya berteraskan amalan "5 Aim" telah dilakukan permindahan ilmu kelima-lima Aim kepada komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson pada hari keempat dalam bidang sektor pertanian yang mana kami telah melakukan kempen berkongsi kaedah menjalankan aktiviti pertanian lestari secara praktikal dengan cara mengutamakan pemeliharan alam sekitar:
Aim 1 : Aktiviti penghasilan kompos dalam penyediaan tananam di kawasan pertanian untuk mengurangkan pencemaran alam dengan menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia. Kaedah Kompos yang diterapkan adalah dengan menggunakan tinja kambing dan habuk kayu bagi menghasilkan baja mesra alam yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti baja kimia.
Aim 2 : Aktiviti mengenali kawasan semula jadi tempat dengan memelihara spesies asli yang wujud di Malaysia supaya tidak pupus seperti Bunga Ixora Javina (Jejarum) dan serangga seperti Rama-rama Rajah Brooke's Birdwing di kawasan yang ingin dilakukan aktiviti pertanian.
Aim 3 : Aktiviti penghasilan racun organik yang dapat mengurangkan risiko daripada bahan berbahaya. Ianya menggunakan bahan-bahan tanaman tumbuhan seperti daun kunyit, daun halia, bawang payawali, bungan betik dan sebagainya bagi menggelakkan risiko kepada haiwan dan manusia di tempat kawasan pertanian.
Aim 4 : Aktiviti penghasilan Biochar (Arang Hitam) dan Karbon Aktif.
Biochar dihasilkan dengan mengunakan amalan alam sekitar seperti bahan-bahan sisa pertanian, pertenakan dan perhutanan bagi meningkatkan kualiti tanah dan hasil tananam yang secara langsung menjaga alam sekitar. Manakala, aktiviti penghasilan Karbon Aktif adalah rentetan daripada penghasilan Biochar yang juga menggunakan sisa tanaman, pertenakan dan perhutanan yang di bakar dalam persekitaran oksigen yang terhad dan kemudiannya diaktifkan menggunakan bahan kimia bagi meningkatkan lagi keupayaan penyerapan bagi mengatasi masalah pencemaran air, tanah dan udara di kawasan pertanian.
Aim 5 : Aktiviti pengurusan risiko dalam menghadapi ancaman dan bencana alam sekitar.
Terdapat pelbagai langkah yang telah digariskan kepada pihak komuniti peladang bagi mengatasi risiko Hujan Asid, Penipisan Lapisan Ozon, Pengasidan Lautan dan Pelepasan Gas Rumah Hijau. Pertama, langkah mengurangkan kejadian hujan asid dapat dipulih melalui liming dimana bantu kapur dijadikan bahan utama untuk diletakkan dalam tasik atau sungai yang berasid berhampiran kawasan pertanian untuk dineutralkan. Kedua, langkah mengurangkan risiko penipisan lapisan azon dalam aktiviti pertanian iaitu dengan menggelakkan penggunaan bahan CFCs seperti penyembur dan bahan pelarut di kawasan tanaman. Ketiga, langkah mengurangkan risiko pengasidan laut akibat aktiviti pertanian iaitu dengan melindungi refugia semula jadi dan menguruskan tekanan tempatan pada terumbu karang di kawasan pertanian. Keempat, langkah mengurangkan risiko pelepasan Gas Rumah Hijau iaitu dengan menggunakan bahan api alternatif di kawasan pertanian seperti tanda kosong buah kelapa sawit sebagai tenaga yang diperbaharui, penghasilan baja kompos yang tiada bahan kimia, penggunaan metana untuk penghasilan tenaga, penggunaan sumber tenaga solar dan penanaman pokok semula.
Semua amalan proses ini didemostrasi untuk penghasilkan bahan-bahan pertanian lestari dan dijadikan amalan komuniti peladang Port Dickson sehingga ke hari ini.
Hasil bagi projek WSEP ini pertama secara lansung dapat menghasilkan sumber bahan baharu yang mesra alam untuk diguna pakai oleh peladang seperti Kompos, Racun Organik, Biochar dan Karbon Aktif. Kedua penghasilan panduan piagam kualiti pendidikan dalam bidang pertanian dengan mengutamakan amalan 5 Aim yang digariskan oleh WOSM untuk dimanfaatkan kepada manusia yang bergiat dalam bidang pertanian.
Oleh itu, pelaksanaan projek ini sememangnya memberi kesedaran dan sikap prihatin dalam diri masyarakat tempatan terutama golongan petani untuk lebih peka dan menjaga kualiti air dan udara seperti penggunaan baja kompos dan racun organik. Kedua lebih peka untuk memastikakan pengekalan habitat semulajadi di sesuatu kawasan bagi pemeliharaan spesies asli dari pupus. Ketiga, mereka lebih peka untuk tidak menggunakan bahan berbahaya bagi mengurangkan risiko terhadap manusia dan persekitaran. Keempat, mereka lebih peka untuk mempraktikkan amalan alam sekitar yang paling sesuai bagi menggelakkan timbul pelbagai kesan kepada global. Kelima, mereka lebih peka untuk sentiasa melakukan persediaan bagi menghadapi pelbagai ancaman dan bencana alam sekitar yang akan berlaku.