MESYUARAT AGUNG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA WP LABUAN KALI KE-29
MESYUARAT AGUNG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA WP LABUAN KALI KE-29
16 Mac 2019, 7.30
Dewan Liberty, Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd.
LABUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia W.P. Labuan telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-29 pada 16 Mac 2019 yang lalu bertempat di Dewan Liberty, Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. Mesyuarat bermula seawal jam 7.30 malam dengan kehadiran perwakilan seramai 39 ahli mewakili 29 kumpulan berdaftar di WP Labuan. Turut hadir ahli ahli-ahli dari Majlis Pengakap Negeri, Majlis Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, BP Guild Labuan, Persaudaraan Pengakap Raja WP Labuan dan Krew A Pengakap Kelana.
Pada mesyuarat itu jawatan Yang Dipertua kekal pada Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman berdasarkan perlantikan mutlak Ketua Pengakap Negara. Manakala beberapa jawatan tertinggi badan induk negeri yang dipertandingkan adalah Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua I & II, Bendahari Kehormat dan enam Ahli Majlis Pengakap Negeri. Sebelas pencalonan telah diterima bagi merebut jawatan-jawatan tersebut.
Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua MPN bagi sessi 2019-2020 dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kehadiran ahli-ahli demi menggalas tanggungjawab sebagai warga pengakap. Beliau berharap siapa saja yang berjaya di dalam pemilihan ini akan dapat melaksanakan tugas sebagai Ahli majlis bagi menjayakan program-program pengakap tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.
Di dalam keputusan rasmi pemilihan Majlis Pengakap Negeri, 3 jawatan telah dimenangi tanpa bertanding seperti berikut:
Timbalan YDP: Yg Bhg Datuk Harris Bin Hj. Anuar Tan
Naib YDP1: En. Ismail Bin Abdullah
Naib YDP2: Datin Hjh Dayang Pungut Bt Abdul Jalil
Bagi Jawatan Bendahari Kehormat, En. Jumat Bin Latip ditentang oleh Pn. Goh En Noh. Keputusannya En. Jumat Berjaya mengekalkan jawatan Bendahari Kehormat dengan mendapat 22 undi berbanding Pn. Goh hanya mendapat 13 undi.
Bagi jawatan Ahli Majlis, seramai 6 ahli merebut 5 jawatan yang diperuntukkan. Keputusannya adalah seperti berikut:
- En. Louren @Laurence Abon 38 undi
- En. Mohd Hasnizan Bin Hasni 36 undi
- En. Willie Teo 35 undi
- Pn. Zainab Batin 33 undi
- En. Mohd Farihi Bin Abd Halim 33 undi
- Pn. Goh En. Noh hanya mendapt 13 undi.
Sementara itu jawatan Setiausaha Kehormat tidak dipertandingkan memandangkan ia adalah lantikan daripada Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri.
Dalam ucapan penangguhan, Dato’ Sri Mohd Alias Bin Abdul Rahman mengucapkan syabas kepada ahli-ahli yang berjaya di dalam pemilihan kali ini. Kepada yang tidak berjaya, jangan berduka cita, kerana kita adalah satu keluarga pengakap. “Antara agenda yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 ialah Hari Terbuka Pengakap di mana kita akan mendedahkan kepada orang awam kemahiran berpengakap meliputi perkhemahan keluarga, kemahiran pertolongan cemas, mempromosikan Desa Hijau sebagai tempat rekreasi dan memperkenalkan Kedai Pengakap berlesen di mana Persekutuan Pengakap Malaysia WPL sebagai pengedar utama” ujarnya lagi. Beliau turut memperingatkan kepada pemimpin pengakap di sekolah untuk menghadiri kursus-kursus kepimpinan anjuran Pasukan Latihan Negeri bagi mendapatkan pengiktirafan kepimpinan dan tauliah memimpin ahli pengakap.
Alias juga merakamkan terima kasih kepada syarikat Asian Supply Base Sdn. Bhd di atas bantuan kemudahan ambulan pada program expedisi pengakap pada 1-3 Mac 2019 lalu. Penghargaan juga juga kepada pihak sekolah dan pemimpin-pemimpin pengakap kerana bertanggungjawab bayar yuran tahunan, pihak pengurusan Desa Hijau kerana menyediakan kemudahan berrekreasi tanpa mengalami masalah bagi pengguna khususnya ahli pengakap yang menggunakannya.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Labuan International School kerana sentiasa membenarkan penggunaan kemudahan sekolah mereka bagi aktiviti-aktiviti pengakap. Gabungan muka baru dan lama dalam Ahli Majlis Pengakap Negeri W.P. Labuan bagi 2019-2021 diharapkan akan dapat mengangkat martabat pergerakan ke tahap yang lebih tinggi lagi. Majlis penutup disudahi dengan majlis bergambar kenangan.