MASAKAN RIMBA

MASAKAN RIMBA

*Asas Masakan Rimba Sekawan Kuning IPGKBA.* Pengetahuan mengenai kaedah memasak merupakan altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, aktiviti kembara ke hutan, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru ini, saya akan menunjukkan salah satu contoh masakan alternatif (masakan rimba) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan. *Bahan:* Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan lidi atau belahan buluh yang telah dibersihkan. Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada Sebarang lidi. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. *Bagaimana hendak menyalakan api?:* Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin. *Kebaikkan Menggunakan Lubang Api:* 1. melindungi tiupan angin 2. mengawal bara api supaya tidak dipijak 3. kekemasan dapur bawah (tanah) 4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak 5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh Terima Kasih, Salam Pengakap.
Topics
Youth Engagement
SDGS

Share via

Share