
KEMPEN KITAR SEMULA- KLKM UKM
Program kitar semula ini bermula pada bulan Oktober sehingga bulan Disember 2022. Projek ini telah diadakan di kawasan kolej-kolej. Seramai 17 orang kelana KLKM UKM yang terlibat untuk melaksanakan projek ini. Antara objektif bagi projek ini adalah untuk memupuk sikap ketanggungjawaban terhadap bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga universiti untuk menjalankan aktiviti kitar semula. Selain itu, adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara kebersihan alam sekitar
serta peranan dalam merealisasikan impian ini dan juga untuk mewujudkan sikap mempraktikkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan warga universiti.