Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak

Seramai seribu 250 ahli dan pemimpin pengakap dari enam bahagian pengakap di Sabah kini menyertai Perkhemahan Klik Dengan Bijak di Sandakan. Perkhemahan selama 4-hari itu diadakan di Taman Alam Semulajadi Pengakap Sandakan bermula Rabu lalu sehingga Ahad ini. Memetik kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sandakan, perkhemahan itu bertujuan mendedahkan peserta kepada isu-isu keselamatan Internet dan Media Sosial serta industri komunikasi dalam era digital masa kini. Turut diadakan karnival mini dan pameran sempena jelajah sambutan Bulan Belia Negeri Sabah oleh SKMM, Majlis Belia Negeri Sabah, Kelab Radio Amatur, PDRM, LHDN, Perpustakaan Negeri Sabah serta pemberi perkhidmatan komunikasi. Program berkenaan dianjurkan SKMM serta rakan strategik program Klik Dengan Bijak iaitu Persekutuan Pengakap Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Started Ended
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share