Bengkel Scouts For SDGs Peringkat Kebangsaan
10 November 2019 | Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia | Bengkel Scouts For SDGs Peringkat Kebangsaan | KLM 22 IPGK Ipoh |
Telah menyertai Bengkel Pengakap Untuk SDGs peringkat kebangsaan 2019 yang diadakan di Ibu Pejabat Pengakap Negara. Bengkel ini disertai oleh 25 orang wakil daripada setiap negeri PPM Malaysia termasuk kami daripada KLM - 22 yang dihadiri oleh 2 orang wakil.
Dalam bengkel ini semua peserta diberi pengetahuan yang lebih meluas mengenai SDGs dan Peranan Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia dalam menggerakkan SDGs agar menunjukkan Hasil kepada dunia kita pada 2030 kelak.
Pegerakan Pengakap Malaysia haruslah memainkan peranan penting dalam menjayakan SDGs dan Better World Framework ini. Hal ini jelas bagi membentuk dan membina dunia yang lebih nyaman dan sihat untuk generasi akan datang. Usaha yang dibangkitkan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) amatlah wajar di ambil serius oleh semua pihak.
Sewajarnya juga, Persekutuan Pengakap Malaysia menjadi penggerak yang aktif untuk menjayakan SDGs ini melalui pelbagai initiatif Pergerakan Pengakap Dunia yang telah menyediakan berbagai jenis program-program atau Skim Lencana untuk menjayakan SDGs.
Sekian, Terima Kasih.
Location
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Personal safety
Legacy BWF
Good Governance
Global Support Assessment Tool
Communications and Scouting Profile
Partnerships
SDGS