Simulasi Udara Merungkai Minat Yang Tertanam

Simulasi Udara Merungkai Minat Yang Tertanam

1. TAJUK PROGRAM AKTIVITI : Progam Penerbangan Simulator 2. OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI : 1. Memberi pendedahan kepada ahli pengakap udara dalam mengenali penerbangan secara simulator dengan mengendalikannya serta memahami instrument dan kaedah-kaedah pernerbangan. 2. Memberi pendedahan kepada ahli pengakap udara mengenai pelbagai instrument di atas intrument Panel sesebuah pesawat. 3. Memberi pendedahan kepada ahli pengakap udara tentang bagaimana menghidupkan enjin pesawat dan pelepasan, menerbangkan sati circuit serta mendaratkan pesawat. 3. TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM : Program ini telah dilaksanakan di Labuan International School pada 8 Februari 2018. 4. PENGANJUR / ANJURAN : Program dianjurkan oleh Labuan International School dengan kerjasama dan nasihat daripada Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri iaitu Skip Rosni. 5. JUMLAH PENYERTAAN : Program Penerbangan Simulator ini diserta seramai 30 Pengakap Udara LIS ( Muda /Remaja ), 3 Orang pemimpin pengakap udara LIS, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri iaitu Skip Rosni dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri iaitu Skip Dyana daripada SM Sains Labuan. 6. LAPORAN PROGRAM RINGKAS DAN JADUAL PROGRAM (SERTAKAN) : Program Penerbangan simulator ini merupakan program yang pertama kali diadakan di LIS. Program ini merupakan program yang mana membolehkan ahli pengakap udara mendapatkan lencana Penerbangan Simulator. Lencana ini diberikan sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali pernerbangan secara simulator dalam kalangan ahli pengakap udara. Saya selaku pengurus projek telah menjemput Skip Rosni iaitu Penolong Pesuruhjaya Negeri sebagai penceramah untuk program ini. Program ini memberi pendedahan kepada pengakap udara LIS tentang bagaimana mengenali penerbangan secara simulator dengan mengendalikannya serta memahami instrument pesawat dan kaedah-kaedah penerbangan. Disamping itu , ahli pengakap udara LIS ditunjukkan dengan alat yang digunakan untuk menerbangkan pesawat secara simulator yang mana melibatkan “stick” serta perisian simulasi penerbangan di dalam komputer. Ahli pengakap udara juga diberi pendedahan tentang pelbagai instrument di atas instrument panel dalam sesebuah pesawat digunakan. Skip Rosni menerangkan cara menghidupkan enjin pesawat dan perlepasan dilakukan, cara menerbangkan satu ciruit serta mendaratkan pesawat . Penerbangan perlu menggunakan flaps, rectractable landing gear dan sebagainya jika terdapat di dalam simulator. Para ahli pengakap udara juga diterangkan bagaimana melakukan perlepasan dan melaksanakan penerbangan dan mendarat di lapangan terbang yang sama atau berlainan. Bukan itu sahaja, ahli pengakap udara LIS juga turut ditunjukkan bagaimana melakukan perlepasan dan manoeuvre. Akhir sekali ahli pengakap udara LIS dinasihatkan supaya mencatat pemerhatian di dalam buku log untuk tujuan penilaian yang seterusnya.
Number of participants
30
Service hours
120
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share