Pesta Mengalap dan Hiking Gua Madai
Pesta Mengalap dan Hiking Gua Madai
Baru-baru ni team Rajawali bersama-sama lebih 130 hikers dari pelbagai persatuan hiking Lahad Datu telah berjaya menawan puncak Tisop dan Pittung, 392m dari paras laut di Madai, Kunak.
Perjalanan kami ke puncak mengambil masa lebih kurang sejam setengah dengan jarak sekitar 1km. Pendakian ke puncak agak mencabar kerana keadaan bukit yang curam, berbatu dan sempit. Permukaan batu yang berlumut di pertengahan perjalanan menyukarkan lagi pergerakan kami. Namun, alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke puncak dan kembali. Terima kasih atas bantuan guide-guide yang bertungkus lumus memastikan keselamatan peserta-peserta.
Kami juga mengambil kesempatan yang ada untuk menyaksikan sendiri kerja-kerja penuaian sarang burung di Gua Madai oleh suku kaum Ida'an. Memang terbukti, ianya adalah salah satu kerja yang berisiko tinggi. Penuai-penuai tersebut terpaksa memanjat ke siling gua yang boleh mencecah sehingga ketinggian 100 meter dari bawah dan hanya dilengkapi dengan peralatan-peralatan asas dan tradisional. Tabik spring untuk mereka!
Sehubungan itu, team Rajawali ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur, persatuan PEWARIS dan WIRAWATI P188 atas kejayaan menganjurkan program hiking yang ramai penyertaan tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini. Good Job!
Terima kasih juga untuk rakan-rakan hikers lain yang sporting dan saling bantu membantu sepanjang aktiviti berlangsung. Hiking dan ukhuwah memang tidak dapat dipisahkan. You guys are the best!
Semoga pengalaman yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada kita semua dan menjadi kenangan yang terindah. InshaAllah...
#rajawalitophikers - MENEROKA ALAM, MINDA DAN IMAN!