Oh My MOP Koordinator 2018
KURSUS KOORDINATOR MOP, 28-29 April 2018 telah diadakan di Labuan International School, W.P Labuan. Kursus ini diadakan selama dua hari yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, WP Labuan telah memberi kefahaman yang mendalam dalam MOP yang merupakan satu plarform untuk menggambarkan dan mempromosikan aktiviti pengakap di seluruh dunia. Pembahagian kumpulan telah diberi yang melibatkan pelbagai sekolah dalam Labuan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara kami melalui aktiviti perkenalan angin layang-layangan bertiup(sesi perkenalan), taklimat MOP oleh Tuan Amir, Peranan dan tanggungjawab Koordinator MOP oleh Tuan Adam, aktiviti perbincangan projek dan pembentangan kumpulan, aktiviti permainan, nyanyian dan tarian telah menarik minat saya dengan aktiviti yg telah dijalankan sepanjang kursus. Moga ilmu yang diperolehi dapat saya sampaikan kepada ahli pengakap di sekolah saya.