LAWATAN KAPAL US NAVY
Pacific Pertnership dengan penglibatan pengakap kelana, pemimpin, pelajar sekolah,Badan kerajaan daerah Tawau bersama US Navy diadakan pada 29 hingga 30 April 2018. Program yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) bersama Pacific Partnership.
Pada 29 April, program ini diadakan di pelabuhan Tawau. Aktiviti lawatan kapal laut US Navy disertai oleh para pemimpin dan pengakap kelana. Manakala pada 30 April pula ia diadakan di Sekolah Menengah Holy Trinity yg melibatkan pelajar seramai 300 orang. Menariknya, kami disajikan dengan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar SM Holy Trinity.
Program demikian dapat mendedahkan kepada semua peserta dan pelajar yang terlibat kepada pembangunan US Navy. Sekali gus, memberikan inspirasi dan motivasi terhadap mereka tentang peluang pekerjaan yang melibatkan pertahanan, kapal laut dan aspek pengurusan (admin).