"I have an idea, my idea is about peace. Alooeee Alooeee Aloooaaaa!"

"I have an idea, my idea is about peace. Alooeee Alooeee Aloooaaaa!"

Saya telah mengikuti Kursus Koordinator Messengers of Peace di Labuan International School(LIS) di Wilayah Persekutuan Labuan pada 28 hingga 29 April 2018. Sebelum kursus ini bermula, saya telah membantu menyediakan alat tulis dan tali rafia kerana jurulatih koordinat tidak membawa peralatan tersebut dari Kuala Lumpur. Pada hari pertama, 28 April 2018 saya telah ditugaskan sebagai AJK Pendaftaran. Saya juga turut diamanahkan untuk mengumpul yuran seramai 24 orang peserta kursus. Pada seawal pagi, saya telah banyak dibantu oleh Skipper Rizuan Asmarah iaitu pengelola dan tuan rumah kepada kursus ini. Sebelum bermulanya kursus ini, kami menerima pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan seperti ketidakfungsian wayar LCD dan bahan bantu mengajar yang masih tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kami banyak dibantu oleh Skipper Rizuan. Beliau telah banyak membantu kami menyediakan tempat berkursus, memyelesaikan keadaan LCD dan mendapatkan bahan-bahan kursus tambahan. Sebagai seorang pemimpin pengakap, nilai murni yang diamalkan "Be Prepared" dan "Sedia Berkhidmat" seperti skip Rizuan perlu dicontohi oleh semua. Pengerusi MoP kami iaitu Skipper Rahman dan Setiausaha MoP Negeri Skipper Atiqah telah berjaya menjemput jurulatih khas Koordinator dari Ibu pejabat Persatuan Pengakap Malaysia iaitu Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting. Tidak lupa pada ketika itu, skipper Atiqah telah meluangkan masa dan tenaga sepenuhnya bagi membantu Koordinar MoP sejak mereka tiba di lapangan terbangan Labuan. Kami termasuk semua pemimpin seramai 24 orang pada mulanya sangat kekok dan tidak biasa antara satu sama lain tetapi telah menjalinkan hubungan persahabatan yang sangat erat melalui aktiviti yang sangat menarik seperti sesi suai kenal dan permainan yang memerlukan kerjasama. Kami menari bersama-sama iaitu tarian MoP, tepuk-tepuk pengakap yang kreatif, bermain dan berkongsi ilmu. kami merasakan kursus ini adalah satu-satunya kursus yang boleh menghilangkan stress kami setelah penat bekerja kerana situasi kami penuh dengan gelagat dan ketawa. Pelbagai ilmu yang kami perolehi melalui gerak kerja berpangkalan iaitu pengurusan MoP, Hak cipta logo MoP, penyediaan kertas kerja MoP dan strategi mempromosikan MoP. Apa yang menarik disepanjang kursus ini saya telah berjaya melukis satu lukisan yang agak "sentimental"(seperti yang dikatakan oleh Tn. Amir) yang melambangkan keamanan. Saya melukis lukisan bumi dan tangan yang berlainan warna kulit saling berpegang erat dimana konsep ini mendekatkan kita yang duduk di permukaan bumi adalah berbilang bangsa dan berlainan agama haruslah menyemai sikap saling bekerjasama, faham-memahami, tidak mengungkitkan isu-isu sensitif, tidak racist, saling maaf-bermaafan dan bersatu padu. Ini adalah satu sifat yang harus ada di setiap manusia untuk mengekalkan keamanan di peringkat global. Burung camar yang sedang membawa daun zaitun pula adalah satu mesej di mana melalui logo messengers of Peace yang harus diperluaskan kepada seluruh dunia iaitu erti keamanan-peace. Sebaik sahaja kursus ini hampir selesai, kami telah diberikan amanah untuk menyebar luaskan MoP ini melalui kemasukkan jam kredit berkhidmat(service hours) dan pendaftaran ahli di dalam scout.org. saya bersama 9 peserta di dalam pangkalam promosikan MoP telah memasang 4 strategi untuk mempromosikan MoP ini di peringkat setiap zon dan negeri. Saya berharap 9 ahli di dalam kumpulan kami ini akan saling bekerjasama untuk memperluaskan penambahan ahli MoP melalui strategi yang kami kongsikan itu. Oleh itu, setiap kali program dan perkhemahan diadakan, kami akan bersedia untuk membuka booth dan memberikan tanda ingatan iaitu stiker kepada ahli yang berjaya mendaftarkan diri di dalam scout.org. Di samping itu, kami akan sentiasa membekalkan maklumat yang betul dan tepat di dalam setiap program bagi memudahkan setiap pemimpin dan peserta memasukkan deskripsi di dalam projek yang diminta dalam laman scout.org. Itulah strategi yang terbaik dan tepat bagi memenuhi kehendak MoP. Setelah dua hari kami berkursus, kursus ini berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Yang Hormat Dato" Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Beliau sempat berpesan dengan saya dalam bahasa bumi Labuan ketika menyampaikan sijil pengiktirafan koordinator MoP iaitu "ani kusung ni/you starting with zero" di mana beliau telah memberi amanat dan tanggungjawab kepada saya untuk menambah jam servis dan memperluaskan MoP di bumi pulau Labuan ini. Di atas penghargaan yang tidak disangka-sangka dari beliau kami telah diberi topi dan lencana woogle MoP. Laungan "tepuk-tepuk pengakap" tidak terhenti bagi menunjukkan perasaan kegembiraan dan penghargaan kami kepad beliau. Kami juga turut membalas penghargaan beliau dengan mempersembahkan tarian MoP kepada beliau dan Jurulatih MoP. Program yang terdekat ini adalah Perkhemahan Pengakap di SMK Mutiara bagi Peringkat Zon Satu yang akan diikuti seramai 150 ahli perkhemahan, melalui kesempatan program ini saya akan cuba untuk mempromosi dan memperluaskan jumlah keahlian MoP dan ilmu yang dikongsikan melalui strategi yang telah kami dirancang oleh team promosi 9 orang itu. Semoga segala perancangan dan usaha yang telah diamatkan oleh kami akan menjayakan lagi misi Messengers of Peace ini. Amin.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
324
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share