vigil 12 terbaik .....
Selepas 1 tahun aku mendiamkan diri dalam pengakap, sudah tiba masa nya aku bergiat aktif semula. Pada 17 februari 2017 aku ingin menjadi kelana oleh itu, aku telah menghadiri kem vigil 12 bertempat di Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor. Pada mula nya aku sampai disana, aku berasa kem biasa saja. Tapi apabila sudah sampai disana alangkah terkejutnya aku apabila tempat kempen aku kali ini luar biasa, disana tiada elektrik, tiada tandas. Yang ada hanya berlampukan bintang dan bulan dan air sungai yang mengalir sebagai tempat mandiku. Disitu aku telah divigil kan oleh 6 orang kelana. Kami sampai pada jam 9.00 malam, dimulakan dengam mencari kayu api untuk dijadikan cahaya pada malam hari. Selain itu, kami juga diberikan tugas membuat tiang bendera untuk istiadat pagi pada esok hari dan diberi sesi taklimat tentang program itu. Keesokkan pagi, dimulakan dengan sesi istiadat pagi. Seterusnya aktiviti meredah hutan sampai ke puncak sungai. Pada petang harinya, kami membuat aktiviti pertolongan cemas, kawad statik, kawad tongkat dan projek perintis dan dimalam hari aktiviti malam kebudayaan. pada awal pagi kami bertiga dijaga(vigil) sehingga jam 2.30 pagi. Selepas itu, kami diberi sesi muhasabh diri. Selepas itu, kami tido kerana keletihan. Esok merupakan hari terakhir kami disana, kami diberkan tugas membuat masakan rimba iaitu nasi dalam kelapa dan telur didalam kentang. Selepas semua aktiviti berjaya dilakukan kami membuat istiadat menurunkan bendera. Kami sungguh berasa gembira kerana berjaya menyelesaikan semua aktiviti. Kami berharap kempen seperti ini dapat diadakan dilain waktu.