UniformKu Hebat :)

UniformKu Hebat :)

Pejam celik,pejam celik, hari yang dinanti akhirnya telah tiba jua. Perasaan gembira melonjak entah ke mana ,tidak mampu diungkapkan melalui kata-kata melainkan perlakuan. Saya sangat gembira kerana program adalah berjalan dengan lancar sama seperti yang diinginkan begitu juga proses perjalanan ujian keahlian yang dijalankan di stesen saya,walaupun terdapat lagi kekurangan ,namun semuanya itu mampu ditutupi oleh kelebihan. Inilah kali pertama saya memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya dengan penuh dedikasi,berdisiplin kerana sejujurnya selama ini,saya tidak pernah lakukan sehabis baik dalam sesuatu tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Syukurlah ,melalui program ini banyak mengajar saya,hitam putih kehidupan,susah payah mencari rezeki,betapa penatnya ibu bapa dalam memberi sesuap nasi terhadap anak-anaknya,melalui program inilah yang telah membuka mata dan minda saya tentang realiti kehidupan yang sebenar.Walaubagaimanapun,belum terlambat untuk saya menyedari semuanya itu. Di sinilah saya akan belajar dan memperbaiki kesalahan saya. Saya juga turut bangga akan hasil kerja yang telah saya hasilkan sendiri dengan menggunakan kewangan sendiri kerana bukan sekadar mampu menjayakan ujian keahlian ,namun saya telah mampu berdikari berdiri di kaki sendiri yang telah mampu membangunkan diri sendiri ketika tubuh badan lemah tidak berdaya. Dalam program ini juga,kerjasama sepasukan dapat dirasai sehingga siang malam,pagi petang ,penat lelah tidak lagi mampu dirasai."Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing",begitulah pepatah yang kami amalkan sehingga mampu menjalankan kempen UniformKu Hebat dengan jayanya. :)
Started Ended
Number of participants
50
Service hours
600
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share