PERSIAPAN UJIAN LENCANA KEMAHIRAN (MEMOTONG BULUH)
Malaysia

PERSIAPAN UJIAN LENCANA KEMAHIRAN (MEMOTONG BULUH)

Pada 13 April 2017 yang lalu,4 orang ahli Pengakap Kelana A Labuan telah mengadakan aktiviti memotong buluh di Bukit Timbalai,Wilayah Persekutuan Labuan.Buluh-buluh tersebut diperlukan sebagai persiapan awal untuk pengakap kelana yang akan mengambil ujian kemahiran membuat bivouac dan untuk kegunaan sepanjang Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan tahun 2017. Sebanyak 5 batang buluh panjang telah dipotong oleh ahli kelana.Selain itu,ranting ranting kecil turut diperlukan untuk membuat aktiviti masakan rimba sepanjang perkhemahan.Aktiviti ini bermula seawal jam 10 pagi berakhir pada jam 2 petang.
Number of participants
4
Service hours
5
Location
Malaysia

Share via

Share