PENGEMBARAAN 12KM
Aktiviti Pengembaraan berjalan kaki 12km telah dilaksanakan oleh kumpulan KLM 32 pengakap IPG Kampus Keningau. Kami telah memulakan perjalanan dari PULAKO IPG Kampus Keningau dan berakhir di Kampung Penagatan. 4 Check Point merangkumi tindakan kecemasan, masakan, tumbuhan (ubat-ubatan) dan membaca bearing kompas telah kami lalui. Pengembaraan ini mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam.