MoP Terengganu cipta Malaysia Book of Records
Malaysia

MoP Terengganu cipta Malaysia Book of Records

Terengganu Go Clean telah dianjurkan pada 13 April 2019 di Pantai Teluk ketapang Kuala Nerus anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Messengers of Peace Negeri Terengganu.

Menjujung kasih kepada KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Terengganu dan anakanda Tuanku iaitu YAM Tengku Muhammad Mu'az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin yang sudi berangkat mencemar duli merasmikan program ini.

Program ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi program pembersihan pantai teramai di Malaysia iaitu dengan penyertaan seramai 16,390 peserta dari seluruh Terengganu.

Turut bersama YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Haji A Rahman b Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie Bin Hj. Salleh, Ketua Pengakap Negara dan YBhg Tan Sri Dato' Hj. Abdullah Bin Hj. Taib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu

#mopterengganu
#mopmalaysia
#sdgs
#terengganugoclean

Number of participants
16390
Service hours
65560
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share