Mai belajar membuat Jerat Bidas~
Cuaca hari Rabu minggu ke 8 ini amat terik. Perjumpaan kami bermula pada pukul 2:15pm dengan berlatih kawad statik. Setiap ahli pengakap berpeluang untuk belajar memberi arahan kawad statik. Selepas itu, kami semua bergerak ke atas bukit kecil yang terletak di belakang IPSAH. Ustaz Kholid mendapati hutan di atas bukit tersebut terbakar akibat cuaca yang sebegini -panas. Ahli-ahli pengakap bertukar menjadi AHLI-AHLI BOMBA pada seketika ini :] Setelah api dipadamkan, Ustaz Kholid meneruskan pengajaran kepada kami tentang tempat pelindungan satu malam. Saya juga belajar serba sedikit tentang kemahiran membuat jerat bidas yang digunakan untuk menjerat burung. Kami bersurai pada pukul 6pm.