Kem Lencana Kemahiran KLKM PTSB siri 1 / 2018

Kem Lencana Kemahiran KLKM PTSB siri 1 / 2018

Pada 25/1/18 sehingga 27/1/18 telah diadakan kem lencana kemahiran untuk semua ahli kelana KLKM PTSB.Kem ini mengajar erti kehidupan sendiri. Banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program ini. Pada hari pertama kami bertolak dari Politeknik ke Ulu Legong sekitar jam 9.00 pagi.Aktiviti yang kami lakukan pada hari pertama adalah mendirikan khemah,mencari kayu api, masakan tradisional dan pembelajaran tentang ikatan yang terdapat.Pada hari kedua,kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti mendaki gunung dan di petang hari kami mengadakan aktiviti masakan rimba dan di malam hari mengadakan taklimat pertolongan cemas dan malam kebudayaan. Pada hari terakhir kami melawat ke ladang madu kelulut dan melihat proses madu itu dilakukan dan pengakhiran program ini kami menyimpan khemah dan bergotong royong membersihkan tapak perkhemahan tersebut. Banyak yang kami pelajari dari kem kemahiran ini termasuklah mendisplinkan diri dan menepati masa. Saya berharap agar kem seperti ini lebih kerap diadakan untuk memupuk nilai murni di dalam setiap diri setiap individu. Terima kasih
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
9
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share