Kem Budaya Muafakat Pengakap Daerah Kluang 2015

Kem Budaya Muafakat Pengakap Daerah Kluang 2015

Program Kem Budaya Muafakat Bersepadu Pengakap adalah merupakan satu program yang dijalankan pada setiap tahun di bawah Unit Kokurikulum. Ia merupakan kombinasi pelbagai aktiviti luar dengan bidang pendidikan untuk mewujudkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh yang melibatkan aspek kognitif, afektif, psikomotor dan sosial. Bagi tujuan tersebut, alam semula jadi berfungsi sebagai makmal hidup yang menggantikan bilik darjah bagi mendedahkan para pelajar kepada situasi sebenar di samping memberi peluang untuk mengasah bakat dan memupuk semangat kerjasama antara peserta melalui aktiviti yang disertai. Justeru, suatu usaha yang rapi telah dirancang dengan menggerakkan pelajar-pelajar di antara beberapa sekolah di daerah Kluang agar ia dapat dilaksanakan dalam suasana yang sebenar dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan dan efektif. Selain itu, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mantap dan kemahiran generik dapat ditingkatkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah.
Started Ended
Number of participants
100
Service hours
1800
Location
Malaysia

Share via

Share