Big Thrill
Malaysia

Big Thrill

7 ahli pengakap DPLI IPGKIK telah bersama-sama mencabar diri menjalankan aktiviti lasak Big Thrill di Skytrex Shah Alam. Cabaran Big Thrill ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 30 minit untuk dilengkapkan, termasuk dengan sesi penerangan daripada 'expert'. Ketujuh-tujuh kami berjaya menghabiskan cabaran tanpa menggunakan laluan 'chicken exit' iaitu laluan pantas untuk menghentikan cabaran. Terdapat sesetengah ahli yang mempunyai acrophobia tetapi dengan sokongan ahli lain dan tunjuk ajar 'expert', kami menolak batasan diri kami untuk pergi lebih jauh dan menghabiskan kesemua 25 cabaran. Tidak dinafikan tempoh 2 jam 30 minit di atas pokok hanya dengan bergantung kepada dua tali sokongan bagi 'beginner' seperti kami adalah saat yang mendebarkan. Projek ini merupakan satu jalan permulaan bagi kami sebelum melibatkan diri dengan lebih aktif dengan aktiviti-aktiviti pengakap yang semestinya memerlukan lebih kekuatan fizikal dan mental. Pengalaman bagi sesetengah yang pertama kali mencuba cabaran 'flying fox'; ianya sangat menggerunkan. Namun setelah melalui beberapa cabaran lain, cabaran 'flying fox' ini ternyata merupakan cabaran yang paling mudah dan menyeronokkan. Cabaran ini mengambil masa yang paling singkat untuk diselesaikan dan momen berada di antara dua pokok dengan kelajuan yang tinggi adalah satu momen kepuasan. Selain menyelesaikan cabaran Big Thrill, kami turut bersiar di dalam kawasan Taman Botani Bukit Cerakah. Terdapat beberapa fasiliti lain seperti kafe, tandas, surau, perkhidmatan basikal, perkhidmatan bas percuma, wakaf atau pondok rehat serta tempat letak kereta. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah taman dan kebun, empangan, aktiviti pendidikan botanikal serta aktiviti flyfishing. Bayaran masuk dikenakan kepada setiap individu dengan harga RM3.00 untuk pelawat dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak dan warga emas. Tiada bayaran dikenakan untuk pelawat berumur kurang daripada 6 tahun serta pelawat daripada Rumah Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya.
Number of participants
7
Service hours
21
Location
Malaysia

Share via

Share