Reuse, Recycle Garden Project (SWA Voluntary Service); Project Summary

Reuse, Recycle Garden Project (SWA Voluntary Service); Project Summary

‘Reuse Recycle Garden’ merupakan projek yg direalisasikan oleh dua orang ahli pengakap kelana A daerah Kuala Selangor. Projek yang bertempat di SK Assam Jawa ini adalah bertujuan untuk mencantikkan di samping memberi kemudahan yang selesa dan selamat kepada semua pelajar dan komuniti sekolah tersebut. Projek ini menggunakan konsep 3R iaitu ‘Reuse Reduce Recycle’. Oleh yang demikian, ia juga dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar ketika kempen-kempen dilaksanakan. Projek ini bermula pada 1 Julai 2018 dan telah siap sepenuhnya pada 16 September 2018. Tapak projek agak berdekatan dengan asrama. Oleh sebab itu, ia juga amat memberi manfaat kepada para pelajar yang tinggal di asrama untuk melakukan aktiviti di taman tersebut. Kesimpulannya, projek ini berjaya memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar dan komuniti serta memberi kemudahan yang selamat kepada mereka.
Number of participants
2
Service hours
6
Location
Malaysia
Topics
Partnerships
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share