UNIFORMKU HEBAT
UNIFORMKU HEBAT telah dilancarkan di Dewan Antenom, Tenom Sabah yang dihadiri seramai 300 orang peserta daripada sekolah rendah dan menengah. Terdapat 3 jenis Pengakap yang telah menghadiri program tersebut iaitu Pengakap Laut, Pengakap Udara dan Pengakap. Program ini juga disekalikan dengan Ujian Lencana Keahlian untuk PKK dan PM. Program ini telah dirasmikan oleh wakil PPD Tenom. Program ini dianjurkan oleh Pengakap Daerah Kemabong.