SWA Discovery di IPSAH, Kedah
Kami sebagai peserta dalam SWA Discovery Zon Utara seramai 103 orang telah hadir dari pelbagai negeri bagi melengkapkan requirement dalam SWA untuk mendapatkn Passport. Passport itu adalah sebagai lesen dan permulaan untuk kami melakukan project sambil mempelajari apa yang perlu ada dalam masa 2 minggu dan memberikan impak yang tinggi dan efektif kpd penerima serta pelbagai lapisan masyarakat.
Bengkel Scouts World Award Discovery bertempat di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Hamid (IPSAH), Kedah telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 13 Julai hingga 15 Julai 2018. Scout of the World Award Discovery merupakan langkah pertama ke arah Scout of The World Award. SWA merupakan Anugerah Dunia yang diterima oleh seorang belia beruniform Pengakap dari peringkat umur 15-25 iaitu dari unit Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Jika mengikuti kursus kursus seperti ini dan menyelesaikan beberapa projek yang melibatkan banyak pihak.Program ini adalah untuk memperkenal cara bagaimana menghasilkan projek mengikut piawai yang dikehendaki oleh pihak WOSM. Alhamdulillah, semua yang menghadiri kursus ini berjaya mendapatkan pasport bagi meneruskan project ke arah SWA.
Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian MOP dan SWA serta PPM Negeri Kedah. Para koordinator dan fasilitator serta urusetia dari MPKNg Kedah turut bersama mengendalikan program berkenaan secara teori dan pratikal ini sepenuhnya oleh Bahagian Koordinator MOP dan SWA PPM Kedah.