SUKARELAWAN KITAR SEMULA

SUKARELAWAN KITAR SEMULA

Seramai 39 orang ahli sukarelawan Eco temenggong Ibrahim telah mengikuti program sukarelawan kitar semula di Taman Setia Tropika dan Taman Austin Height dengan kerjasama pertubuhan Tzu Chi Johor. Kesemua sukarelawan yang terlibat adalah terdiri daripada bakal guru yang sedang mengikuti atihan pergururan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Program ini telah dijalankan selama dua hari sahaja iaitu pada 1 hingga 2 April 2018. Pada 1 hribulan, para sukarelawan mengikuti program bersama pertubuhan Tzu Chi untuk mengumpul maklumat berkenaan kitar semula. Pada keesokannya pula, program kitar semula diadakan khas untuk pelajar IPGK Temenggong Ibrahim bagi mengasingkan sampah-sampah yang terdapat di dalam kampus ini. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya untuk mengitar semula bahan terbuang. selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara untuk melakukan kitar semula yang betul. antaranya adalah seperti membasuh dahulu barangan yang ingin dikitar semulakan. Program ini telah dianjurkan oleh Eco Volunteer Temenggong Ibrahim dengan kerjasama pertubuhan Tzu Chi Johor. Para pensyarah diberi tanggungjawab untuk memantau pergerakan sukarelawan ini. program yang dijalankan secara praktikal ini ditaja sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Started Ended
Number of participants
39
Service hours
468
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share