Semangat LIS Terbang ke Udara

Semangat LIS Terbang ke Udara

Pengakap Udara LIS merasai semangat terbang ke udara apabila berjaya membuat lawatan ke Pangkalan Tentera Udara ( TUDM ) W.P Labuan pada 22 February 2018. Usahasama yang dimeterai di antara pihak TUDM dan Persekutuan Pengakap W.P Labuan dibawah seliaan Skip Riosni Daud merangkap Ketua Pergerakan Pengakap Udara Labuan dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri telah membawa sinar kegembiraan bilamana Pengakap Udara LIS dan Pengakap Udara MAWIP diberi ruang untuk merasakan pengalaman menerbangkan pesawat ke udara. Seramai 30 orang peserta iaitu 15 mewakili Pengakap Udara LIS dan selebihnya daripada Pengakap Udara MAWIP telah mengambil bahagian sepanjang program berlangsung. Lawatan ke TUDM ini bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Pengakap Udara LIS telah mendapat pengalaman berharga apabila diberi peluang untuk merasa bagaimana jet pejuang diterbangkan, alat kawalan yang berfungsi menerbangkan sesebuah pesawat serta diberi peluang menaiki pesawat di bahagian Kokpit. Ahli-ahli pengakap ini layak mendapat lencana pemerhati udara sepertimana yang terdapat di dalam skim pengakap udara. Turut Hadir sama Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Alias bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri W.P Labuan serta Ketua Pesuruhjaya Pengakap W.P Labuan iaitu En. Hong Heng Chee.
Number of participants
30
Service hours
180
Location
Malaysia

Share via

Share