Satu Hati Dengan Anak2 Yatim
Pada awal pagi, kami menerima arahan untuk berkupul di Masjid Unisza pada jam 8. Setelah kami tiba disana, kami bergegas ke sana di Rumah Anak Yatim dan Fakir miskin Darul Akhyar Maidan. Tiba saja kami disana, kami petugas mengambil kedudukan masing-masing dan sedia menerima arahan dari ketua kumpulan kami. Kami tidak sabar untuk melakukan aktiviti dengan anak yatim ni. Aktiviti pertama ialah, mereka diberi nama kumpulan, sempena nama haiwan dan mereka perlu cari kawan kawan mereka nama haiwan yang sama. Seterusnya mereka perlu menulis kebaikan kawan nya di atas kertas yang tertampal di belakang kawan mereka. Selesai mencari ahli kumpulan masing-masing, mereka perlu memcipta trade mark mereka dengan name haiwan mereka. Kami pertugas kelana perlu membantu mereka, dan ini lah bahagian yang seronok huhu. Ade yang menjerit, menyanyi, tidak paham ape yang mereka ingin sampai kan pon ade. Dengan gelagak mereka, membuatkan kami tertawa tanpa henti dan menceriakan keadaan. Selepas selesai semua nya, kami rehat seketika untuk minum pagi. Selepas naik rehat, kami ahli kelana diberi tugasan untuk menjaga check point yang ditetapkan. Permainan seterusnya ini memang seronok, mereka perlu mengimbangkan satu bola dengan ahli 12 orng, pada awal nya bagi mereka agak suka, dengan kerjasama satu pasukan, mereka dapat mengimbangkan bola tersebut. Bukan itu sahaja, mereka perlu membawa bola tersebut ke check point yang di tetapkan dan tidak semudah itu, mereka perlu menempuhi beberape halangan yang datang. Walaupun cuaca panas terik, mereka dapat menjalankan altiviti dengan gembira sekali, kami ahli kelana tumpamg gembira sekali huhu. Bagi cabaran terakhir permainan ini, mereka perlu mengimbangkan 5 bola tersebut dengan 5 kumpulan bergabung dan bola perlu disusun menegak. Memang agak kecoh masa itu kerana cabaran ini agak sukar bagi mereka, tetapi dengan semangat berpasukan mereka sahut cabaran tersebut. Memang terbaik mereka semua huhu. Tamat nya permaina ini, mereka dikumpulan di dalam dewan untuk majlis penutup oleh Tuan wan, dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang terbaik dan diakhiri dengan nyanyian seorang dari ahli mereka, suara die perghhh, mengalahkan justin timberlake, memang terbaik ahhhh. Selepas majlis kami bersurai dan bergambar. Itu lah satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan dengan anak yatim itu. Kami tidak akan lupe helah dan gelak ketawa mereka yang menghiburkan kami dalam satu hari itu. Semoga kita dapat betemu lagi pada lain hari. Sekian...we scouts, always together