Sambutan Hari Pengasas 2018 dan Perasmian Pejabat APS
PPMCS telah menyambut Hari Pengasas Pengakap pada 3 Februari 2018 di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sarawak. Walaupun hujan tidak henti sejak daripada pagi hingga ke petang, kehadiran 400 PPK/PM/PR tidak patah semangat untuk beramah mesra dengan rakan-rakan pengakap lain daripada lain-lain sekolah. Kehadiran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak dan Pesuruhjaya Kanan telah menambah suasana sambutan menjadi lebih bermakna kepada ahli pengakap. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melukis (PKK), masakan rimba (PMPR), perkhidmatan (PR), nanyian MoP, tarian MoP, permaian MoP, pentauliahan 2 butir manik-kayu dan ceramah. Kesedaran ahli-ahli pengakap terhadap pencemaran alam sekitar terbukti apabila sisa sampah tidak dibuang merata-rata. Saya percaya sambutan kali ini telah membentuk ahli pengakap menjadi orang yang lebih berdisiplin dan sentiasa bersedia.