Run Run Rovers in Sports Students
Pada 26 sehingga 28 Jun 2019 yang lalu bersamaan hari Rabu sehingga Jumaat, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Masiswa 2019 di Stadium Uniten, Bangi, Selangor. Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar serta pelajar-pelajar mahasiswa dari universiti lain seperti MSU, UNITEN, Taylor dan sebagainya juga turut terlibat dalam Kejohanan Olahraga ini.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Kejohanan Olahraga adalah
1. Acara Larian
2. Acara Lompatan
3. Acara Jalan Kaki
4. Acara Balingan
5. Penyampaian Hadiah
6. Penyampaian Sijil
Pelajar DRB-HICOM University Automotive Malaysia telah membawa pulang 2 pingat gangsa dalam acara 5000m jalan kaki lelaki dan 110m lari berpagar wanita.