ROVERS TO NATURE COASTAL CLEAN-UP
Pantai merupakan anugerah daripada Tuhan untuk manusia. Namun, disebabkan oleh tangan beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata menyebabkan keindahan pantai tercemar. Lebih teruk lagi apabila sampah sarap yang dibuang tersebut menjejaskan hidupan di laut.
Program tersebut dijalankan di Pantai Morib, Banting, Selangor lebih kurang 1 jam perjalanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami menaiki bas pada jam 7 pagi dan sampai ke destinasi tersebut kira-kira 8 pagi.
Apabila kami mula melakukan pembersihan, kami agak teruja kerana ramai pengunjung dan penduduk setempat turut sama membersihkan sampah sarap yang ada. Kami juga menerima ucapan terima kasih daripada peniaga-peniaga yang berada di pantai tersebut.
Melalui program yang kami anjurkan, kami sangat gembira kerana keindahan pantai tersebut dapat dilihat tanpa sebarang sampah dan kami juga teruja kerana program kami dapat menarik perhatian penduduk setempat serta pengunjung untuk sentiasa menjaga kebersihan pantai