Program Perlancaran dan Pendaftaran Immunisasi dan Vaksin bagi COVID-19

Program Perlancaran dan Pendaftaran Immunisasi dan Vaksin bagi COVID-19

Program Perlancaran dan Pendaftaran Immunisasi dan Vaksin bagi COVID-19 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac 2021 (Ahad) dengan jumlah 90 orang peserta dan berlangsung di Restoran Lucky Palace, Ayer Keroh, Melaka. Program ini dianjurkan oleh komuniti tempatan dan turut disertai oleh badan-badan Non-Government Organisation (NGO) yang lain seperti Pasukan Pengakap (Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka), Gerakan Belia Bersatu, Bulan Sabit Merah Malaysia dan sebagainya. Program ini turut disertai dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Beliau membuat laporan ringkas semasa terhadap pendaftran untuk program immunisasi covid-19 negara (National Covid-19 Immunisation Programme) dan menyeru semua peserta agar mambantu kerajaan dalam perkara ini supaya negara Malaysia dapat pulih daripada wabak ini.

              Covid-19 merupakan satu penyakit yang melanda dunia dalam masa yang singkat. Impak yang diikuti bukan sahaja kesihatan penduduk malah ekonomi sesebuah negara pun hampir dimusnahkan. Virus ini telah melanda negara Malaysia dan setakat ini terdapat jumlah 323,763 kes positif telah dilaporkan, sebanyak 306,274 kes yang sembuh (94.6%), tinggal 16,279 kes yang aktif serta menyebabkan sebanyak 1,210 kes kematian. Kes ini bukan sahaja merisaukan kerajaan tentang kesihatan rakyat, dan juga impak terhadap ekonomi yang begitu kuat akibat Perintah Kawalan Pergerakan (MCO, lock down) telah dilaksanakan. Vaksin terhadap penyakit ini telah dicipta pada tahun 2020 dan pihak kerajaan telah memperolehi daripada negara lain demi menghentikan penularan wabak covid-19 ini. Dengan ini, kami berharap semua rakyat Malaysia sihat dan ekonomi terus maju jaya.

              Di Malaysia, kami menggunakan aplikasi “MySejahtera” yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat pengunjung dan pengguna ketika menghadiri satu aktiviti atau program, menziarahi kedai-kedai makan, melawati tempat-tempat lain, dan sebagainya. Tujuan aplikasi ini demi memastikan sesuatu kawasan akan dilabelkan sebagai kawasan merah sekiranya disyaki dan didapati mempunyai kes positif (kes aktif). Ini juga membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk sanitasi dan penghentian operasi jika difikirkan perlu. Demi memastikan semua rakyat dilindungi, pihak kerajaan Malaysia telah menaiktarafkan aplikasi tersebut bagi menentukan keutamaan rakyat demi mendapatkan suntikan vaksin covid-19 berdasarkan syarat-syarat yang diberikan. Program immunisasi ini dibahagikan kepada beberapa tahap maka keutamaan perlu diberikan. Bagi memastikan keutamaan suntikan diterima, semua rakyat perlu mendaftarkan diri untuk pengurusan setrusnya. Ramai penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar menghadapi cabaran sebab kekurangan ilmu pengetahuan serta prasarana yang secukupnya untuk membuat pendaftaran. Maka, badan-badan NGO tempatan dimohon untuk menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut bagi memastikan kebajikan mereka juga dijaga. Pendekatan yang digunakan adalan pemberitahuan tentang program immunisasi dan membantu pendaftaran melalui aplikasi.

              Para wakil badan NGO diseru agar memainkan peranan penting demi membantu masyarakat tempatan dan kerajaan dalam program ini. Semua hadirin setuju untuk membuat sebaik mungkin dengan menyampaikan info dan maklumat yang wajar kepada rakyat serta membantu mereka dalam process pendaftaran. Beberapa stesen pendaftaran telah dilaksanakan dan penduduk-penduduk sangat gembira agar bantuan yang dihulurkan oleh badan NGO yang terlibat. Wabak covid-19 tidak dapat dihentikan sekiranya rakyat tidak melibatkan diri dalam program immunisasi ini. Ramai orang enggan mendaftarkan diri disebabkan terpengaruh oleh khabar angin bahawa vaksin ini adalah tidak selamat. Penyebaran maklumat tersebut adalah palsu dan memberi kesan yang buruk dalam usaha menghentikan penularan ini.

              Program immunisasi adalah memanfaatkan kepada semua (daripada individu, keluarga, sehingga negara) dan harus diberikan perhatian oleh semua. Pendaftaran dan penerimaan vaksin perlu dilaksanakan secepat mungkin supaya semua rakyat sihat dan barulah ekonomi negara dipulihkan. Situasi sekarang telah menjejaskan banyak orang seperti pengangguran dan jenayah. Pengakap sebagai duta keamanan perlulah memainkan peranan yang penting bagi memastikan rakyat sejahtera.

#Lindung Diri, Lindung Semua

Number of participants
90
Service hours
540
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Good Governance

Share via

Share