Program Kecemerlangan Pengakap Raja 2017 siri 1/2017
Persekutuan Pengakap Malaysia W.P Labuan telah menganjurkan Program Kecemerlangan Pengakap Raja bagi tahun 2017.
Program ini bertujuan untuk membimbing Pengakap Muda dan Pengakap Remaja ke arah Pentarafan Pengakp Raja. Program ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula jam 1400 sehingga jam 1600, bertempat di Dewan Terbuka, SMK Labuan. Penyertaan adalah terbuka melalui kumpulan masing-masing.
Pasukan Kelana A Labuan telah berkhidmat membantu pemimpin sepanjang program berlansung.
pada perjumpaan siri 1/2017, peserta telah dinilai dan dibahagikan berdasarkan progres masing-masing bagi memudahkan aktiviti dijalankan setiap minggu. Secara keseluruhan, Ahli Pengakap yang hadir dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu lencana keahlian, lencana Usaha dan Lencana Maju. setiap kumpulan akan di bimbing oleh seorang pemimpin yang dibantu oleh satu atau dua orang kelana.
pada perjumpaan kali ini, peserta telah diminta merancang jadual aktiviti yang mereka hendak laksanakan dalam tempoh sebulan dan perancangan tersebut diserahkan kepada pemimpin kelompok masing-masing. Maka, jadual aktiviti pada minggu seterusnya adalah tertakluk kepada perancangan kelompok masing-masing.