PPM KMK 3B (KLM17)

PPM KMK 3B (KLM17)

Pada 2 hingga 4 November 2018, kami (KLM 17) telah mengadakan kem manikayu 3B selama 3 hari 2 malam yang bertempat dia IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Kami telah memulakan perkhemahan ini dengan aktiviti mendirikan khemah dan membina gadget yang telah ditetapkan.

Kami juga turut menyertai beberapa sidang yang dapat menambahkan dan meneguhkan pengetahuan kami dalam ilmu kepengakapan. Setiap sidang dikendalikan dengan menarik sekali.  Selain itu, kami juga turut diberikan ujian keris emas dan rambu yang dilaksanakan dengan jayanya.

Kem kali ini juga turut diadakan malam aspresiasi yang terdiri daripada tarian, boria dan drama yang bertemakan Bollywood yang sungguh menarik.  Setiap ahli dalam sekawan dapat menunjukkan kebolehan tersembunyi mereka dan mengilap bakat terpendam mereka sendiri.

Kesimpulannya, KMK 3B kali ini amat menyeronokkan dan dapat memberikan saya pengetahuan baharu yang dapat saya gunakan pada masa akan datang semasa saya berada di sekolah sebagai penolong pemimpin pengakap muda. 

Started Ended
Number of participants
34
Service hours
612
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share