Pilot Project in Kampung vietnam, Bidong
Malaysia

Pilot Project in Kampung vietnam, Bidong

Pada 19 Julai 2018, bermulalah projek rintis kami di kampung Vietnam, Bidong Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas dan sebuah lori untuk mengangkut barangan ke kampung tersebut. Seramai 13 orang ahli kami bekerjasama mengangkat barangan dan peratalan setibanya kami di sana. Setelah itu, kami telah berbincang bersama-sama dengan kesemua peserta SWA tentang perjalanan projek kami pada keesokkan harinya. selain itu, team teknikal juga telah memberikan penerangan kepada kami semua tentang lampu solar dan dengan ini ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan kami mengenai lampu solar. setiap team juga telah memberi penerangan bagaimana tugasan setiap team dilakukan sebelum projek rintis ini dapat dijalankan dengan jayanya. Keesokan harinya, 13 orang daripada kami telah dibahagikan kepada kumpulan yang kecil untuk memasang lampu ini supaya ianya dapat disiapkan dalam jangka masa yang pendek berbanding setiap satu batang lampu tersebut dipasang oleh kesemua 13 orang peserta. seterusnya, ia dapat memberi peluang kepada setiap peserta merasai bagaimana pemasangan lampu tersebut diadakan. kami dapat menyiapkan proses pemasangan kesemua lampu tersebut dan dapat melihat keberkesanannya pada waktu malam. kami juga telah membincangkan dengan lebih perinci bersama dengan penasihat projek kami iaitu Prof Madya Dr Mustaffa bin Haji Ibrahim tentang keberkesanan lampu solar tersebut dan setiap kelebihan dan kekurangan lampu tersebut akan dibaiki dan ditambah baik untuk projek kami yang sebenar di Kampung Orang Asli Peta, Endau-Rompin Johor.
Started Ended
Number of participants
13
Service hours
117
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share