PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERSEPADU SK. MENINIPIR
Malaysia

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERSEPADU SK. MENINIPIR

Perhemahan UB Bersepadu ini telah diadakan di SK Meninipir selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh UB Silat, TKRS dan Pengakap Kanak-Kanak. Jumlah peserta ialah 52 orang. Perkhemahan ini memberi peluang kepada peserta untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Mereka juga dapat merasai pengalaman memasak dan menghidupkan api semasa aktiviti Ikhtiar hidup. Selain itu, peserta juga dapat menjalankan aktiviti yang lasak iaitu Larian Berhalangan dan juga Permainan Tradisional. Para peserta dapat memupuk nilai saling bekerjasama antara satu sama yang lain dan mereka juga belajar banyak lagu-lagu serta tepukan-tepukan yang baru daripada AJK dan juga fasilitator.
Started Ended
Number of participants
52
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share