Perkhemahan Unit Beruniform bersama rakan-rakan UB di SK Taman Johor Jaya 3
Malaysia

Perkhemahan Unit Beruniform bersama rakan-rakan UB di SK Taman Johor Jaya 3

Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh unit kokurikulum dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling SK Taman Johor Jaya 3. Seramai 60 orang murid terlibat dalam program ini. 28 orang murid lelaki dan 32 orang murid perempuan. Proses pendaftaran berjalan sebaik sahaja majlis bacaan Yasin mingguan. Selepas proses pendaftaran, peserta mendengar taklimat dari Kem Komanden iaitu Encik Mohamad Fadzli bin Khamis. Selepas taklimat kem, murid-murid mendirikan khemah masing-masing dibantu oleh guru yang bertugas. Sebaik sahaja khemah didirikan, murid-murid terus bergerak ke kantin untuk menikmati minum pagi. Kemudian, slot LDK pertama telah dikendalikan oleh Puan Sharifah Zuliana bersama para fasilitator yang bertugas. Selepas sahaja selesai aktiviti LDK, murid-murid makan tengah hari dan menunaikan solat fardhu Zuhur. Slot seterusnya ialah aktiviti LDK yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Fadzli bin Khamis. Seterusnya murid menikmati minum petang, solat asar dan meneruskan aktiviti riadah. Selepas aktiviti riadah, murid-murid melakukan persiapan diri, makan malam dan menunaikan solat magrib secara berjemaah. Kemudian, murid-murid beragama islam membacakan yasin dan terus menunaikan solat isyak. Seterusnya, aktiviti murid-murid ialah LDK kedua bersama Puan Sharifah Zuliana dan para fasilitatornya. Setelah selesai, murid diberi taklimat sebelum tidur dan minum malam. Murid tidur tepat jam 11 malam. Keesokkan paginya, murid menunaikan solat subuh seperti biasa dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hafizuddin. Kemudian, murid bergerak ke dataran untuk aktiviti senaman pagi. Selepas itu, murid bergerak ke kantin untuk sarapan pagi dan selepas itu, mereka membuat aktiviti menurunkan khemah dan gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Seterusnya, penilaian kem dilakukan oleh kem komandan sebelum majlis penutupan berlangsung sekitar jam 10.00 pagi.
Number of participants
87
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share