Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan
Pada 14-15 April 2017 yang lalu,Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah menganjurkan Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan,bertempat di Desa Tunas Hijau,Kg Sungai Pagar, WP Labuan.Seramai 36 orang ahli pengakap udara Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWP) telah menyertai perkhemahan tersebut.Selain itu,7 orang ahli pengakap kelana turut terlibat dalam perkhemahan sebagai pembantu untuk menguruskan aktiviti Pengakap Udara SMA MAIWP disamping mengambil ujian kemahiran.Objektif sebenar perkhemahan aviasi ini ialah untuk membantu para pengakap udara SMA MAIWP untuk mendapatkan lencana Usaha dan Ahli Udara Kelas Dua.
Selepas sesi taklimat dijalankan pada jam 2.30 petang,para peserta perkhemahan diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing manakala para pengakap kelana ditugaskan untuk membuat pondok sementara iaitu bivouac.Pada jam 4 petang,para peserta perkhemahan diarahkan untuk berbaris mengikut patrol masing masing iaitu patrol Musytari,Jupiter,Saturn,Pluto dan Neptune.Kemudian,aktiviti hiking diadakan.Pengakap kelana di ditugaskan untuk menjaga patrol masing-masing semasa hiking dan kembali ke Desa Tunas Hijau sebelum jam 6 petang.
Pada jam 8 malam,aktiviti diteruskan dengan pengenalan aspek Cita Cita Pengakap.Para peserta diarahkan untuk menyiapkan buku log masing-masing dan menguasai semua aspek dalam cita-cita pengakap mengikut buku Skim Latihan Pengakap Muda/Remaja.Aktiviti berakhir pada jam 11 malam.
Pada jam 8 pagi,15 April 2017,istiadat pagi dijalankan.Setelah itu,para pengakap udara SMA MAIWP diajar asas-asas dalam perbarisan dan kawad tongkat.Sementara itu,pengakap kelana dilatih untuk sesi orientering dan penganggaran yang dikendalikan oleh Skip Rosni Mohd Daud.Kami telah diperkenalkan kepada jenis-jenis kompas dan dilatih untuk menentukan arah perjalanan menggunakan 3 jenis kompas yang berbeza.Selain itu,kami turut diajar untuk menganggar ketinggian pokok dan lebar sungai menggunakan pelbagai kaedah.Sebagai contoh,kaedah matematik dan pokok
tumbang.
Pada jam 2 petang,sesi raptai bagi majlis penutupan dijalankan dan Majlis Penutupan Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan bermula pada jam 4 petang dengan kehadiran YDP Majlis Pengakap Negeri WP Labuan,Dato Seri Mohd Alias sebagai perasmi.Seterusnya,semua peserta perkhemahan iaitu pengakap udara SMA MAIWP dianugerahkan lencana usaha dan Ahli Udara Kelas Dua.Selain itu,sesi pertabalan pemimpin dan pertabalan kelana turut dilangsungkan iaitu kepada Skip Dyana Martin selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri,dan Khairunisa Jaffri dan Ahmad Zulfadzli selaku kelana baharu.Majlis penutupan berakhir sekitar jam 5.30 PM.