PERKHEMAHAN AKHIR TAHUN PERATA KALI KE2 @SILAM COAST LAHAD DATU
Perkhemahan ini Bertempat di Silam Coast Conversation Area (SCCA) Lahad Datu telah mengadakan Perkhemahan Akhir Tahun (PERATA) kali ke-2 anjuran Pengakap Kelana dan Majlis Pemimpin, Tarikh perkhemahan iaitu pada 29 Nov sehingga 1 Dis 2019. Perkhemahan tersebut seramai 61 orang peserta daripada 4 buah daerah iaitu Kinabatangan, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Perkhemahan ini ,telah dikendalikan oleh kira-kira 38 orang urusetia. Pasukan pengakap udara Banzai Rovers telah menghantar seramai kira-kira 8 orang peserta yang mewakili daerah Kinabatangan.selain itu, perkhemahan ini juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti seni bela diri, malam kebudayaan, sukaneka dan mendaki bukit. Terdapat beberapa aktiviti yang dipertandingkan seperti pertandingan tarik tali yang dilaksanakan di tepi pantai, pertandingan karaoke, dan pertandingan bola sepak. Setiap daerah diwajibkan untuk menghantar wakil bagi setiap aktiviti yang dipertandingkan. Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan serta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan pemimpin bagi setiap daerah dan juga bersama para urusetia. Melalui aktiviti yang diadakan semasa "PERATA II" semua pihak dapat melihat bahawa para peserta dapat bergembira dan memperoleh pengalaman baharu.