Perjumpaan 4 Level 100 Semester 2 Sidang 2017/2018

Perjumpaan 4 Level 100 Semester 2 Sidang 2017/2018

Perjumpaan kali ini bertemakan Kempen Kawasan Angkat Krew KLKMUSM 1.0 yang diadakan di Tasik Fajar Harapan. Kempen ini diadakan dengan tujuan mendidik ahli mengenai elemen-elemen kelestarian persekitaran. Sebelum kempen dilaksanakan, ahli kelana melakukan beberapa senaman yang dikendalikan oleh pihak MT. Selepas itu, setiap krew diberikan kawasan angkat dan beberapa peralatan membersih. Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengutip sampah, menyapu dedaun kering, membersihkan kawasan rekreasi dan sebagainya. Melalui perjumpaan ini, ahli didedahkan dengan penjagaan persekitaran dan seterusnya dapat mempraktikkannya walau di mana sahaja mereka berada. Salam Pengakap!
Number of participants
140
Service hours
840
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share