PEMBERSIHAN PANTAI TELUK BAYU DALAM PEK BERCUTI PPM DAERAH BAYAN LEPAS 2017
Malaysia

PEMBERSIHAN PANTAI TELUK BAYU DALAM PEK BERCUTI PPM DAERAH BAYAN LEPAS 2017

Bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Penyertaan seramai 128 murid dan 19 guru dari SK Bayan Lepas, SK Sg.Batu,Sk Permatang Damar Laut, SJKT Bayan Lepas, SK Mutiara Perdana, SK Sg. Dua, butterworth, SK Permatang To Kandu, Bukit Mertajam, dan SK Teluk Bahang, Balik Pulau, dengan bantuan 15 petugas dr KLKM USM, 3 SMK Raja Tun Uda, dan 3 SMK Teluk Kumbar 2. PEK BERCUTI kali ini menawarkan 9 aktiviti stesen permainan dan sarat dengan mesej keAMANan diantaranya penerangan MoP, lukisan keAMANan, tarian MoP, permainan kim, bola sekawan, yell, permainan pengakap, lagu pengakap, istana pasir dan acara paling utama PEMBERSIHAN PANTAI yg berjaya mengumpul sebanyak 69.1 kg sampah. Majlis berlangsung dgn meriah dan amat menarik perhatian pengunjung dgn jumlah penyertaan dan pelbagai aktiviti pengakap yg dijalankan. Namun tiada kemanisan dalam perjuangan tanpa ujian, cuaca cerah yg diharapkan tetapi hujan dan angin yg datang menyinggah.walaupun begitu, pengisian terus diambil oleh guru2 dan helpers KLKM USM yg diketuai oleh saudara @faris. Majlis disempurnakan dgn penyampaian sijil penyertaan PEK BERCUTI DAN PROJEK MoP: PEMBERSIHAN PANTAI 2017 PERINGKAT NEGERI 2017 dan perasmian majlis penutup oleh Tn. Haji Zulkafli bin Kamaruddin, Pesuruhjaya Negeri dengan harapan agar program sebegini akan diteruskan sbg acara tahunan.
Number of participants
162
Service hours
8
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF

Share via

Share