Pembersihan di Pantai Pugu, Lundu
Program ini merupakan program kerjasama antara Pengakap IPGKBL, BSMM IPGKBL dan pihak EcoWarrior. Program ini bertujuan menerapkan nilai menghargai alam sekitar kepada ahli pengakap. Matlamat program ini selaras dengan undang - undang pengakap yang ke 3 iaitu pengakap seharusnya menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa disebabkan menolong masyarakat Lundu untuk membersihkan pantai. Program ini melibatkan 10 ahli pengakap dan 20 ahli BSMM.