Memori Perkhemahan di Bayu.
Seramai 24 pengakap Labuan termasuk 6 pemimpin telah mengikut Perkhemahan Di Bawah Bayu di ODEC, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. sebelum perkhemahan ini bermula, pelbagai persiapan yang telah dibuat bagi memastikan perjalanan dan penglibatan pengakap berjalan dengan lancar.
Kontinjen ini telah diketuai oleh Skipper Angela Joseph dan dibantu oleh Skip Rozila serta pemimpin yang lain. Sebelum bertolak kontinjen diberi sokongan yang kuat oleh komuniti, ibubapa Dan Ketua Pesuruhjaya Negeri, En. Hong Heng Chee melalui majlis penyerahan bendera kontinjen yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2018.
Perjalanan dari Pulau Labuan Ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih 5 jam dalam perjalanan melalui feri. Peserta dan pemimpin merasa sangat bersyukur kerana mendapat sokongan dari pemimpin yang lain dengan membekalkan makanan pagi dan tengahari dalam perjalanan.
Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, peserta mendapat pelbagai pengalaman dan ilmu baru melalui 28 Jenis aktiviti yang dianjurkan. 5 hari 4 malam Peserta diberi input tentang ilmu survival, aktiviti sukan ekstrem, ilmu kesenian dan kebudayaan, ilmu kehidupan Marin, ilmu perhubungan Dan komunikasi, lawatan serta pameran dari agensi pertahanan awam.
Pemimpin juga dapat mengikuti pertemuan yang amat istimewa seperti majlis INDABA Dan majlis GILWELL. Pemimpin menerima input dan motivasi melalui perkongsian ilmu dan pengalaman sangat bermakna dalam kepemimpinan pengakap.
Kontinjen Labuan mendapat kejayaan dengan naib Johan bagi Pertandingan Scout Got Tallent, Tarian Hip Hop Dan Tarian etnik berkumpulan. Manakala Master Chef telah mendapat tempat ketiga.
Perkhemahan ini telah memberi impak besar terutamanya dari segi silaturahim antara Pengakap Labuan Dan Pengakap Sabah. Sepanjang program in berlangsung, pemimpin Sabah menyimpan harapan tinggi untuk mengunjungi Labuan bagi meneruskan aktiviti kepengakapan dengan lebih aktif.
Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Labuan Liberty Port(LLPM) dan PPMWPL kerana memberi sokongan yang tinggi dengan harapan perkhemahan ini dapat diikuti oleh pengakap dengan manfaatnya.