Make Malaysia Kind Again

Make Malaysia Kind Again

Alhamdulillah.. malam ini projek Feed The Homeless sekali lagi berjaya dilakukan walaupun last minute planning dan dilakukan secara bersantai. Dianjurkan oleh Pasukan Kelana Kubang Pasu dengan kerjasama Kindness Malaysia (Kedah/Perlis) dan juga dihadiri oleh Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Daerah Kota Setar serta Pasukan Kelana Dari Kota Setar, wakil dari Kelana D wangsamaju dan akhir sekali Jerlun Care Jumlah kekuatan pada malam ini cuma 19 orang sahaja. Projek bermula pada 11.30 malam dan selesai pada jam 1.30 pagi. Syukur kerana program dijalankan tanpa gangguan cuaca. InsyaAllah kami akan terus sebarkan kebaikan ini lagi. Terima Kasih kepada semua yang telah terlibat.
Started Ended
Number of participants
19
Service hours
38
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share