lets built our pilot project

lets built our pilot project

Kesemua ahli SWA telah berkumpul dan mengadakan satu perjumpaan untuk membincangkan tentang projek yang akan dibuat pada hari esok di Kampung Bidong, Terengganu. Kami telah berbincang tentang projek rintis yang akan dijalankan pada hari esok. Terdapat wakil-wakil daripada team teknikal telah menceritakan sedikit sebanyak tentang projek lampu solar. pelbagai maklumat tentang komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan lampu solar tersebut dikongsikan yang bertujuan untuk menambah pengetahuan kesemua ahli kumpulan. Disamping itu, mereka juga menunjukkan bagaimana cara pemasangan komponen-komponen tersebut di atas pc board. Selain itu, kami juga difahamkan tentang setiap komponen yang akan kami gunakan seperti bateri yang boleh dicas semula dimana 5000 mAH, transistor, LED (5V), diode, resistant, PC board dan lain-lain. Setiap komponen yang digunakan ada fungsinya tersendiri. Seterusnya, kami telah merancang perjalanan untuk aktiviti pada hari esok dimana pada sesi pagi, terdapat proses pemasangan batang tiang paip pvc, pemasangan komponen, proses penggalian dan konkrit, serta proses pengujian keberkesanan solar panel. Pada sesi malam pula terdapat aktiviti seperti diskusi tentang projek serta perbincangan permasalahan projek. Sepanjang penerangan yang disampaikan oleh mereka, terdapat banyak maklumat dan ilmu yang kami peroleh dalam menjayakan projek. Pada keesokkan harinya, kami telah dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan dimana satu kumpulan mempunyai dua orang ahli. Setiap kumpulan itu diminta untuk memasang satu projek yang dinamakan ‘street light solar lamp’. Kami telah disediakan beberapa bahan untuk pemasangan projek tersebut seperti batang paip pvc yang sudah siap dipotong mengikut saiz-saiz yang diperlukan, pc board yang telah lengkap dengan pemasangan komponen-komponen yang diperlukan, serta botol air mineral kosong. Disamping itu, kami juga telah membancuh simen dan batu untuk dijadikan konkrit sebagai penguat tiang lampu solar. Antara proses pemasangan lampu solar adalah kami diminta untuk mencari tempat yang sesuai. Seterusnya, kami diminta untuk menggali lubang sedalam satu kaki. Selesai menggali, kami meletakkan batang paip pvc serta memasukkan batu dan simen di dalam batang paip sebagai penguat struktur. Sebelum itu, pastikan batang paip pvc itu diletakkan dalam keadaan menegak. Seterusnya, kami menyimen disekeliling batang paip pvc. Disamping itu, kami menyambungkan setiap bahagian batang paip dan t-joint yang telah digam dengan ‘hose’ dan LED dengan meletakkan sedikit gam pvc untuk menguatkan lagi penyambungan batang paip pvc tersebut. Pada sesi malam pula, terdapat aktiviti seperti diskusi tentang projek serta perbincangan permasalahan projek bersama penasihat projek kami iaitu Prof. Madya Dr. Haji Mustaffa. Beliau telah memberi pandangan tentang projek yang telah kami lakukan pada sebelah petang. Setelah selesai perbincangan bersama Prof. Madya Dr. Haji Mustaffa, kami pergi melawat tapak projek rintis kami di Kampung Bidong untuk melihat hasil projek kami. Projek tersebut memberi impak yang positif dimana lampu solar tersebut berhasil serta ia dapat dijadikan sebagai penanda di sini.
Started Ended
Number of participants
13
Service hours
117
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share