Kursus Manikayu 3B IPGKTI/KLM17/PPM
Salam Pengakap! Kami telah menjalani Kursus Manikayu 3B selama 3 hari 2 malam bertempat di kawasan tapak perkhemahan IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Seramai 34 orang peserta telah mengikuti kursus ini sebagai sambungan kepada kursus KMK 3B. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan untuk menguji dan mempertingkatkan lagi kemahiran dalam berpengakap. Antaranya adalah membuat gadget, kursus kepengakapan, ujian keris emas dan rambu dan juga malam kebudayaan yang bertemakan bollywood. Setiap aktiviti yang dijalankan dapat mengajar saya betapa pentingnya nilai bekerjasama dalam kumpulan. Hal ini sesungguhnya dapat mengukuhkan lagi semangat kekitaan dan perpaduan dalam satu kumpulan yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Tidak lupa juga barisan jurulatih yang telah memberikan banyak input berkaitan dengan ilmu berpengakapan. Hal ini banyak memberikan saya pengetahuan dan kemahiran yang baru dalam berpengakap. Once scout always scout!