Kempen Kawasan Angkat Krew 1.0
Malaysia

Kempen Kawasan Angkat Krew 1.0

Kempen ini bermula dengan Kempen Kawasan Angkat Krew 1.0 pada 6 Mac 2017 iaitu di kawasan Tasik Aman Damai Fajar Harapan yang merupakan kawasan angkat pertama KLKM USM. Kami telah membersihkan kawasan tersebut memandangkan kawasan tasik tersebut agak luas, maka kami telah memecahkan krew kepada beberapa kawasan. Sebelum memulakan program pembersihan kawasan angkat ini, program telah dimulai dengan senam robik yang ringkas bagi memeriahkan lagi program serta diskusi kelestarian yang dilakukan oleh Saudara Syahdad yang sememangnya terkenal dengan penglibatan dalam dunia pengacaraan dan program-program universiti berkaitan kelestarian. Banyak input yang telah kami perolehi melalui diskusi kelestarian tersebut.
Number of participants
195
Service hours
2
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share