Kembara Pengakap Selatan
Malaysia

Kembara Pengakap Selatan

Pada 22 February 2018 yang lalu, seramai 250 orang pengakap daripada 3 buah negeri iaitu Negeri Johor, Negeri Melaka and Negeri Sembilan telah bekerjasama untuk melaksakan satu program iaitu Program Kembara Pengakap Selatan. Program tersebut telah dijalankan selama 3 hari. Para pengakap yang terdiri daripada PKK, PM, PR dan serta pemimpin telah berkumpul di Stesyen KTM Pulau Sepang/Tampin pada pagi tersebut. Kami telah bersama menaiki kereta api daripada Melaka sehingga Sungai Petani, Kedah. Kami bertolak daripada Stesyen KTM Pulau Sebang/Tampin pada 22 Februari jam 6 pagi dan tiba balik pada 25 Februari jam 3 pagi. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perjalanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam kereta api adalah membuat mini projek perintis, nyanyian lagu lagu pengakap serta mengerat silaturahim antara pengakap pengakap lain negeri. Aktiviti yang telah dijalankan di Sungai Petani, Kedah antaranya adalah mengeratkan silaturahim antara pengakap selatan dan juga pengakap Kedah. Kami telah diberi peluang seperti belajar memanah, orientering dan juga menyertai Hari Pengasas Tahun 2018 yang telah dilaksanakan oleh Pengakap Kedah.
Started Ended
Number of participants
250
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share